๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ -ย YBhg. Datoโ Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), mewakili Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Bilangan 2 Tahun 2026, diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan ICT Negeri Bilangan 2 Tahun 2026 pada hari ini di Bilik Mesyuarat Gerakan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim.
Kedua-dua mesyuarat menjadi platform penyelarasan hala tuju dan inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam negeri serta pemantapan aspek keselamatan ICT bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang cekap, selamat dan responsif kepada keperluan rakyat.
Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh tadbir urus digital bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan kualiti perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.