Sekretariat SUKMA
| Ketua Bahagian/Unit |
YBhg Dato’ Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Sekretariat SUKMA Kelantan
(Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan)) |
| Telefon | 097487088 |
| Faks | 097487089 |
| Emel | |
| Alamat | Sekretariat SUKMA, Pejabat SUK Kelantan, Wisma Sukan Jalan Telipot, 15100 Kota Bharu, Kelantan. |
Bahagian Sekretariat SUKMA Kelantan telah ditubuhkan berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam sidang pada 29 Oktober 2019 yang bersetuju menubuhkan Sekretariat SUKMA Kelantan.
OBJEKTIF BAHAGIAN
Menjadi urusetia bagi memastikan kelancaran pengurusan dari pelbagai aspek seperti pengurusan operasi, pengurusan teknikal sukan, dan pengurusan kewangan termasuklah kemudahan venue-venue pertandingan, kemudahan infrastruktur, pengurusan perbelanjaan bagi persediaan penganjuran, persediaan teknikal sukan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan supaya penganjuran SUKMA Kelantan 2028 dapat berjalan dengan lancar dan dilaksanakan dengan jayanya.
MISI
Memastikan segala persediaan dari sudut pengurusan operasi, pengurusan teknikal sukan, pengurusan kewangan, dan penyediaan fasiliti sukan serta pelbagai kemudahan lain dapat dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan dan lancar agar penganjuran SUKMA Kelantan 2028 berjaya direalisasikan dan diadakan dengan jayanya.
VISI
Sebagai organisasi yang cemerlang dalam aspek pengurusan, teknikal, penganjuran dan pembangunan sukan untuk memastikan penganjuran SUKMA Kelantan 2028 dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Sekretariat SUKMA Kelantan berfungsi sebagai urusetia yang bertanggungjawab memastikan semua keperluan yang merangkumi aspek penganjuran, kewangan dan teknikal sukan seperti kemudahan infrastruktur, pengurusan perbelanjaan bagi persediaan penganjuran, persediaan teknikal sukan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan dapat dipenuhi. Ini bertujuan memastikan semua perkara tersebut dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar serta memastikan pengurusan penganjuran SUKMA Kelantan 2028 dapat dijalankan dan diadakan dengan jayanya.
a) Pentadbiran
i. Memastikan peratusan tahap kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan Sekretariat SUKMA mencapai sekurang-kurangnya 90%.
ii. Memastikan peratusan tahap kepuasan pelanggan luaran terhadap penyampaian perkhidmatan Sekretariat SUKMA mencapai sekurang-kurangnya 90%.
iii. Memastikan sekretariat SUKMA memberikan maklum balas kepada pelanggan dalaman mengikut kategori yang berikut:
* Pertanyaan dan cadangan diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja.
* Aduan biasa diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.
* Aduan kompleks diselesaikan dalam tempoh 365 hari, termasuk hari kelepasan am.
b) Operasi
i. Memastikan venue pertandingan dapat disiapkan mengikut jadual penganjuran temasya SUKMA Kelantan 2028
ii. Memastikan venue pertandingan dibina mengikut piawaian pertandingan kebangsaan/antarabangsa
iii. Memastikan ketersediaan venue-venue sukan dan venue penginapan atlet bagi penganjuran temasya SUKMA.
iv. Memastikan keurusetiaan bagi penganjuran temasya SUKMA bersedia mematuhi syarat-syarat terkini acara sukan yang akan dipertandingkan.







